Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41


Kumpulan: Pengurusan dan Profesional

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:

Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
 RM2,146.00     RM8,718.00                  RM225.00

Syarat Lantikan:

Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,146.00 ] atau

Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,353.44 ] atau

Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,664.78 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,976.11 ] dan

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: 
mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41:

Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Jabatan.

Sumber

Dipanggil Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41?



Dapatkan Tips dan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 untuk persediaan mantap. 

Masukkan Nama dan Email di bawah untuk maklumat lanjut.

Comments