Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29


Kumpulan: Sokongan

Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam

Jadual Gaji:

GAJI MINIMUM   GAJI MAKSIMUM  KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
  RM1,746.00    RM5,104.00                         RM145.00

Syarat Lantikan:

Diploma dalam bidang sains komputer atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
[ Gaji Permulaan: RM1,746.00 ]

Diploma dalam bidang kejuruteraan elektronik (komputer) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan: RM1,820.89 ]

Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Juruteknik Komputer adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
mempunyai kelayakan di atas; dan
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 : 

Bertanggungjawab membangun program baru untuk sesuatu sistem gunaan komputer, memperkembangkan sistem komputer yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.

Sumber

Dipanggil Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29?


Dapatkan Tips dan Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 untuk persediaan mantap. 

Masukkan Nama dan Email di bawah untuk maklumat lanjut.


Comments